KOPERASI KHAIRAT PERAK BERHAD

Selamat datang Ke Laman Web Koperasi Khairat Perak Berhad

Selamat datang ke KOKHAIRAT

bersama kejayaan,berkongsi kesejahteraan

KOPERASI KHAIRAT PERAK BERHAD 

BERSATU MENUJU KEMAJUAN

Seleras dengan matlamat transformasi digital negara kita juga, koperasi menyasarkan untuk membantu anggota memasarkan produk mereka terus kepada pengguna secara lebih meluas dengan adanya platform e-dagang. Sasaran koperasi kami adalah untuk mengembangkan kemudahan ini ke seluruh negara menjelang 2024

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan Petubuhan Koperasi Khairat Kematian Dan Kebajikan Am Perak Berhad (KOKHAIRAT) pada 26 Januari 2018 yang mana anggotanya adalah dari Ahli-Ahli Khairat Kematian Orang-Orang Islam Batu Gajah dan mereka ini telah diberikan saham secara percuma yang berjumlah RM 100 

Untuk Peringkat Pertama dalam Anggota Lembaga Koperasi  ialah Mesyuarat Agong Tahunan (MAT) Anggota. Dasar dan hala tuju koperasi di tentukan oleh anggota koperasi. Peringkat Kedua ialah Lembaga Koperasi yang dipilih oleh anggota koperasi sendiri dan diberikan mandat dan amanah untuk mengurus tadbir koperasi. Peringkat Ketiga adalah pengurusan yang digaji. Pengurus dan kakitangan lain bekerja sepenuh masa bagi memastikan segala urusan perniagaan berjalan dengan lancar demi mencapai matlamat koperasi.

“Teknologi dunia semakin berkembang pesat dan seiring dengan inisiatif digitalisasi. Ia dapat memberi potensi besar kepada koperasi  untuk meningkatkan daya saing dalam dunia moden dengan mewujudkan platform dinamik memperkembangkan perniagaan yang boleh beroperasi 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun (24X7X365). Penggunaan aplikasi dalam talian menggunakan pemasaran digital membantu koperasi kelihatan lebih maju serta profesional dalam hal organisasi dan boleh meningkatkan kecekapan operasi bagi memberi manfaat kepada koperasi dan pengguna.

0 ANGGOTA
ANGGOTA YANG BERDAFTAR
0  ANGGOTA
Sasaran Anggota 2024-2025